Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Wilayah Sarawak Pembangunan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom menyeru para petani untuk mengubah minda serta pemikiran terhadap industri pertanian. Foto Lorenzo Isaac (TVS)

Petani perlu ubah pemikiran terhadap penggunaan teknologi 

ByLorenzo Isaac Ak Anthony

KUCHING, 28 Sept: Para petani perlu mengubah minda serta permikiran terhadap transformasi industri pertanian, kata Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Wilayah Sarawak Pembangunan Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom.

Menurutnya, industri pertanian sangat berkait rapat dengan industri makanan yang mana mampu mendatangkan keuntungan.

“Kita harus ubah pemikiran dan minda, pertanian boleh menjana wang dan mendatangkan keuntungan. Keadah pertanian secara tradisional tidak dapat digunakan lagi dalam memenuhi memenuhi keperluan rakyat dan permintaan pasaran dunia,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan PPNS ke-37 di sini, hari ini.

Industri pertanian katanya, memerlukan perubahan dari segenap aspek terutama penggunaan teknologi untuk diusahakan secara besar-besaran.

“Penggunaan tenaga manual secara tradisi tidak lagi relevan jika mahu melihat hasil pertanian dituai secara besar-besaran,” tambahnya.

Tegas beliau, ini jelas terbukti menerusi negara-negara maju lain yang menerima pakai penggunaan teknologi dalam industri pertanian seiring dengan perkembangan pasaran global.

“Melalui teknologi, kajian serta pembangunan yang baik dan sesuai, maka industri pertanian bakal turut dibantu seperti industri-industri lain,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan