Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sidang media Persidangan Rabies In Borneo (RIB) 2022 di Hotel Imperial Kuching, di sini hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)
Sidang media Persidangan Rabies In Borneo (RIB) 2022 di Hotel Imperial Kuching, di sini hari ini. Foto: Aziz Soleh (TVS)

Wabak rabies mampu dicegah sepenuhnya – Stephen Rundi

ByAhmad Burhanuddin

KUCHING, 27 Sept : Penularan wabak rabies mampu dicegah melalui usaha dan kerjasama yang utuh daripada pelbagai pihak.

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah, Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan berjuta-juta ringgit dan memberi sokongan penuh kepada pihak berkaitan dalam usaha mencegah wabak berkenaan.

“Saya sedar bahawa sebenarnya, wabak rabies ini boleh dicegah. Saya ulang, sebenarnya wabak rabies boleh dicegah.

“Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah sama seperti yang kita lakukan untuk mengawal penularan wabak COVID-19 iaitu melalui vaksinasi kepada semua haiwan dengan kerap,” katanya.

Baca artikel berkaitan: Sarawak tubuh IBET, kawalan penularan rabies kini lebih proaktif

Tambahnya, program kesedaran juga perlu dilaksanakan sebanyak mungkin dalam usaha mencegah penularan wabak tersebut.

Selain itu, Rundi berkata pasukan khas, iaitu ‘Immune Belt Enforcement Team’ (IBET) yang diumumkan oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg semalam diyakini dapat membantu mengurangkan penularan wabak rabies di kawasan pedalaman Sarawak.

“Situasi paling membimbangkan yang kita hadapi apabila kita pergi ke bahagian pedalaman Sarawak, tidak ramai yang benar-benar menyedari masalah rabies ini, jadi IBET ini sangat penting sebelum virus itu sampai kepada mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Rabies In Borneo (RIB) 2022 di Hotel Imperial Kuching, di sini hari ini.

Antara tujuan persidangan tersebut diadakan adalah untuk mengumpulkan pakar antarabangsa dan tempatan bagi mewujudkan platform pertukaran pengetahuan dan mencari strategi terkini dalam pencegahan penyakit rabies. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan