KUCHING, 27 September: Ahli Parlimen Kanowit, Datuk Aaron Ago Dagang menyerahkan kepada pucuk pimpinan Parti Rakyat Sarawak (PRS) bagi menentukan sama ada beliau akan dicalonkan untuk mempertahankan kerusi parlimen yang dimenanginya pada pilihan raya umum Ke-15 nanti.
“Saya serahkan kepada parti untuk tentukan mengenai dicalonkan atau pun tidak, “ katanya.
Beliau yang juga merupakan Timbalan Menteri Kesihatan II berkata demikian ketika hadir menyempurnakan perasmian Persidangan Pegawai Kerja Sosial Perubatan Malaysia Ke-25 di sebuah hotel di Kuching, hari ini.
Ini merupakan kali kedua Sarawak menjadi tuan rumah persidangan itu selepas kali terakhir pada 20 tahun lalu iaitu pada tahun 2002.
Aaron yang juga merupakan Naib Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) memenangi kerusi Parlimen Kanowit selama 4 penggal sejak PRU Ke-11.-TVS