Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
"Program latihan berkala ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan maklum balas dari agensi-agensi yang berkaitan dalam menangani sebarang ancaman terutamanya keganasan, bencana dan keselamatan awam di pelabuhan," jelas Pengurus Kanan Teknikal dan Pengurusan Aset Lembaga Pelabuhan Miri (LPM), Jos Radu

Program Latih Amal EX-MPACCT 2022 tingkat keselamatan di pelabuhan

MIRI, 27 Sept : Buat pertama kali selepas pandemik Covid-19, Program Latih Amal EX-MPACCT 2022 kembali diadakan di Miri Port Authority Crew Change Terminal (MPACCT) Pulau Melayu.

Ia berlangsung selama dua hari bermula 27 September hingga 28 September 2022.

Program latihan berkala ini antara lain bertujuan untuk meningkatkan kecekapan dan maklum balas dari agensi-agensi yang berkaitan dalam menangani sebarang ancaman terutamanya keganasan, bencana dan keselamatan awam di pelabuhan.

Pengurus Kanan Teknikal dan Pengurusan Aset Lembaga Pelabuhan Miri (LPM), Jos Radu, menekankan bahawa keselamatan di pelabuhan minyak dan gas amat penting terutamanya selepas pandemik Covid-19.

“Latih amal ini sangat penting bagi pihak LPM dan agensi yang terlibat terutamanya pelanggan serta pengguna pelabuhan di mana isu-isu yang berkaitan dengan keselamatan amat dititikberatkan.

Justeru, amat bertepatan sekali latih amal ini diadakan memandangkan aktiviti-aktiviti minyak dan gas di kawasan Miri semakin meningkat selepas pandemik,” katanya semasa Majlis Perasmian Latih Amal EX-MPACCT 2022 anjuran bersama Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak dan Lembaga Pelabuhan Miri (LPM) di sini, hari ini.

Sebanyak 30 agensi dengan 350 peserta menyertai program tersebut kali ini.

Jelas Jos Radu, program latih amal itu juga bertujuan untuk menilai kesesuian Prosedur Operasi Standard (SOP) di peringkat global sebagai langkah meningkatkan keselamatan.

“Menerusi latih amal ini juga kita boleh menilai semula kesesuaian SOP sedia ada dengan keadaan global semasa di mana ancaman keselamatan negara yang bersifat dinamik,” tambahnya.

Pada 2018, program latih amal yang serupa telah diadakan di LPM Kuala Baram anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat serta penglibatan pelbagai agensi-agensi kerajaan dan swasta. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan