Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Peserta Bengkel Analisis Impak Peraturan (RIA) anjuran MPC bersama SMA. Foto: Sarawak Multimedia Authority

Bengkel Analisis Impak Peraturan tingkatkan kecekapan infrastruktur digital Sarawak

KUCHING, 27 Sept: Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA) telah menganjurkan Bengkel Analisis Impak Peraturan (RIA) pada hari ini sempena pelaksanaan Projek Meningkatkan Peraturan Kecekapan Infrastruktur Digital Negeri Sarawak 2022.

Ketua Pengarah MPC, Dato’ Abdul Latif Abu Seman, yang merupakan perasmi bengkel tersebut berkata ekonomi digital, infrastruktur digital dan produktiviti merupakan antara faktor penting yang perlu dijadikan fokus utama kerajaan dalam Rancangan Malaysia Ke-12 untuk memulihkan pertumbuhan negara, seterusnya mendokong ekonomi berpendapatan tinggi seawal tahun 2024.

Beliau juga menambah bahawa MPC akan memberi tumpuan kepada pengharmonian data infrastruktur dengan kerjasama MyDIGITAL Corporation, Pasukan Petugas Khas Pemudahcara Perniagaan (PEMUDAH), Nexus Produktiviti serta pihak kementerian dan agensi yang bersesuaian untuk mengatasi isu pembinaan infrastruktur digital.

Pengurus Besar SMA, Ts. Dr Zaidi Razak, yang turut menghadiri bengkel, berkata SMA berharap agar jalinan yang diadakan bersama MPC dapat mencari solusi yang efisien dalam Infrastruktur Digital, terutamanya bagi pembinaan menara telekomunikasi di Sarawak.

Dengan adanya akses menyeluruh dan berkualiti tinggi kepada infrastruktur digital, kerajaan dan perniagaan tempatan dapat beroperasi dengan mudah dan terus berinovasi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan