Para belia di negara ini telah diberi kuasa menentukan masa depan mereka dengan tangan mereka sendiri sebagai pemilih. Foto TVS

Belia penentu masa depan negara

LAWAS, 26 Sept: Kerajaan Sarawak mengiktiraf golongan belia di negeri ini menggunakan kuasa sebagai pemilih dalam pembentukan kerajaan yang mampu mencorakkan masa depan mereka.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hassan berkata, kerajaan Sarawak bukan sahaja memberi gologan ini sebagai pemilih tetapi memikul tanggungjawab atas pilihan mereka dan masa depan rakyat keseluruhannya.
“Kita mahu golongan belia ini memainkan peranan yang penting dalam mengubah atau membentuk sesebuah kerajaan. Sebab itulah, kerajaan memberi kuasa kepada para belia berumur 18 tahun ke atas untuk menjadi pemilih dalam mana-mana pilihanraya,” katanya pada perasmian penangguhan Karnival Belia Excellence Lawas di Komplek Sukan Lawas, pada Ahad.
Tambah Awang Tengah, parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Sarawak pun telah menubuhkan sayap belia yang berumur 18 hingga 28 tahun.
Sayap belia yang dikenali sebagai Belia 1828 ini akan memainkan peranan penting bagi memastikan hala tuju belia Sarawak sejajar dengan perjuangan Parti PBB itu sendiri yang meletakkan perjuangan Utamakan Sarawak.
Sementara itu berhubung karnival berkenaan, hampir 1,000 belia daripada 20 persatuan dan pertubuhan belia Lawas terlibat secara langsung dalam pelbagai jenis sukan, permainan rakyat, persembahan pentas, gerai pameran dan gerai jualan belia yang telah berlangsung pada 24 hingga 25 September lepas di Komplek Sukan Lawas.
Turut hadir, Ahli Parlimen Lawas, Dato Henry Sum Agong, Timbalan Pengerusi Belia 1828 Parti PBB merangkap Ketua Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tupong, Fazzrudin Abdul Rahman, Setiausaha Eksekutif Parti PBB, Datuk Awang Bujang Awang Antek, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak merangkap Penasihat Karnival Belia Excellence Lawas, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Haji Jawa dan Residen Bahagian Limbang, Sebi Haji Abang. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan