Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
ADUN Daro, Safiee Ahmad.

Bajet 2023 diharap lebih cenderung kepada pembangunan luar bandar di Sarawak

MUKAH, 27 Sept : Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Safiee Ahmad, berharap agar Bajet 2023, yang akan dibentangkan pada 7 Oktober, bersifat bajet yang cenderung kepada pembangunan di kawasan luar bandar.
 
Menurut Safiee, Sarawak harus diberikan peruntukan yang lebih besar kerana ia berstatus wilayah, berbeza daripada negeri-negeri lain, dan merupakan wilayah terbesar dalam Malaysia.
 
Beliau juga ingin melihat lebih banyak projek pembangunan infrastruktur asas dilaksanakan di kawasan luar bandar Sarawak, seperti bekalan air bersih dan tenaga elektrik, dan prasarana sekolah luar bandar yang lebih kondusif.
 
“Termasuk juga bangunan perkhidmatan kesihatan ataupun klinik-klinik desa yang kebanyakannya dalam keadaan daif.
 
“Di samping itu, dengan peruntukan yang lebih, penambahbaikan infrastruktur dan keperluan asas juga akan merancakkan lagi sektor pertanian dan perikanan di kawasan luar bandar, khususnya di kawasan Daro. 
 
“Ini akan menggalakkan pertumbuhan ekonomi rakyat Sarawak. Ia juga boleh mengurangkan jurang kemiskinan,” katanya ketika dihubungi pemberita.
 
Sehubungan itu, kata Safiee, dengan adanya peruntukan bajet yang besar buat Sarawak, potensi ekonomi baharu di kawasan luar bandar boleh diwujudkan, seperti akuakultur yang futuristik, selaras dengan sokongan kerajaan persekutuan kepada matlamat Sarawak untuk menjadi negeri maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2030.
 
“Sarawak telah menunjukkan kemampuan untuk memacu ekonomi dengan menjalankan serta mengekalkan hubungan dua hala yang baik dengan negara-negara luar yang besar, seperti China dan Korea Selatan.
 
“Melalui peruntukan yang lebih bagi Sarawak dalam Bajet 2023 kelak, banyak penambahbaikan yang boleh dilaksanakan serta menjadi pemangkin kepada pembangunan sektor ekonomi sedia ada.
 
“Maka wajarlah perhatian khusus harus diberikan kepada Sarawak, lebih-lebih lagi terhadap peruntukan yang lebih dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan di Persidangan Parlimen akan datang,” ujar Safiee. – TVS
 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan