Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique (empat kanan), berkata Program Semarak Uniti merupakan sebuah platform yang menyemarakkan semangat kekeluargaan walaupun terdapat perbezaan dari segi kaum, agama mahupun fahaman politik. Foto TVS

Sensitiviti kaum, agama perlu dijaga demi perpaduan

MIRI, 26 Sept : Malaysia amat bertuah kerana dikurniai dengan kepelbagaian budaya daripada pelbagai kaum dan agama.
 
Perpaduan kaum merupakan tunjang utama dalam mewujudkan kesejahteraan komuniti yang aman dan damai.
 
Menteri Perpaduan Negara, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata Program Semarak Uniti merupakan sebuah platform yang menyemarakkan semangat kekeluargaan walaupun terdapat perbezaan dari segi kaum, agama mahupun fahaman politik.
 
Malah, program ini dijadikan sebagai tapak integrasi dalam menyatukan perpaduan kaum.
 
Halimah berkata demikian pada Majlis Perasmian Semarak Uniti Keluarga Malaysia Sarawak Tahun 2022 di Dataran Kipas Miri semalam.
 
“Program ini juga merupakan satu platform, satu landasan yang amat penting untuk kita bina, untuk kita semarakkan lagi semangat kekeluargaan kita dalam kalangan masyarakat kita tanpa mengira perbezaan agama, kaum, etnik dan budaya, mahupun apa bentuk sekalipun, termasuk fahaman politik.
 
“Program dan aktiviti yang kita laksanakan pada hari ini sebagai pengisian kepada Program Semarak Uniti Keluarga Malaysia adalah untuk dijadikan sebagai resipi utama yang akan berupaya meningkat perpaduan dalam kepelbagaian rakyat Malaysia melalui nila-nilai kerjasama, muafakat, tolong-menolong, hormat-menghormati dan eratkan kasih sayang dengan perpaduan,” katanya.
 
Menurut Halimah, Program Semarak Uniti tidak bersifat sementara.
 
Malah, kerajaan juga merancang untuk memperluaskan program sedemikian di seluruh negeri.
 
Pada majlis itu, beliau turut menyeru kepada semua rakyat untuk menjaga sensitiviti kaum dan agama sebagai sebuah masyarakat majmuk.
 
“Saya sekali lagi ingin mengambil kesempatan ini untuk menyeru kita semua supaya kita sentiasa berhati-hati dalam segala tindakan, terutamanya apabila menyentuh mana-mana sensitiviti kaum dan agama, dan supaya kita sebagai rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum yang masyarakat majmuk yang terbesar boleh bertindak secara rasional.
 
“Apabila berhadapan dengan mana-mana keadaan yang menyebabkan bertembung dengan mana-mana kaum dan agama, dapat dileraikan dengan cara yang baik, dan kita dapat amalkan sikap hormat-menghormati, menerima perbezaan, mengukuhkan persamaan dan dengan iltizam untuk memelihara perpaduan, dan keharmonian negara akan dapat diteruskan,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan