Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak berhasrat hasil vaksin sendiri akan datang
Sarawak menanam impian untuk menghasilkan vaksin sendiri bagi penyakit-penyakit baru di masa akan datang. Foto: Fiqri Razak

Sarawak berhasrat hasil vaksin sendiri

ByAmirah Shawel

KUCHING, 26 Sept: Sarawak menanam impian untuk menghasilkan vaksin sendiri bagi menghadapi wabak pada masa akan datang melalui Pusat Penyakit Berjangkit Sarawak (SIDC),  menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Katanya, beliau yakin Sarawak berkeupayaan meningkatkan sistem kesihatannya dengan kerjasama yang dijalankan bersama pusat-pusat kajian di seluruh dunia.

“Saya yakin suatu hari nanti kita dapat menghasilkan vaksin kita sendiri bagi mendepani penyakit-penyakit baru.

“Dengan ini, saya juga pasti kita dapat memainkan peranan masing-masing bagi memastikan kesihatan masyarakat akan terjaga,” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi bersama Barisan Hadapan COVID-19 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Ahad.

Katanya lagi, kerajaan Sarawak telah memperuntukkan sebanyak RM200 juta bagi menubuhkan SIDC yang kini sedang dalam pembinaan.

Majlis Malam Apresiasi bersama Barisan Hadapan COVID-19 merupakan penghargaan tambahan daripada Kerajaan Sarawak kepada Barisan Hadapan COVID-19 yang telah menjalankan tugas sepanjang pandemik.

Hadir sama Timbalan Premier, Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Timbalan Premier merangkap Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Dato Sri Dr. Sim Kui Hian, dan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan