Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Persidangan Rabies in Borneo (RIB) 2022 bakal memperkenalkan dua pendekatan untuk mencegah rabies dengan kaedah saintifik seperti perubatan dan veterinar. 

RIB 2022 ketengahkan dua pendekatan untuk mencegah rabies

KUCHING, 26 Sept: Persidangan Rabies in Borneo (RIB) 2022 bakal menekankan dua pendekatan untuk mencegah rabies iaitu melalui kaedah saintifik (perubatan dan veterinar) dan juga melalui penyertaan aktif masyarakat. 
 
Program anjuran Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak(DVSS) dan Place Borneo Sdn Bhd ini dijadualkan berlangsung pada 27 dan 28 September ini di Imperial Hotel, Kuching.
 
Dr Adrian Susin Ambud, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Sarawak (DVSS), dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, menegaskan kepentingan dua pendekatan ini dalam membantu pembasmian rabies di Sarawak.
 
 
Beliau juga memaklumkan bahawa persidangan kali ini bakal menyentuh pelbagai topik yang berkait rapat dengan penyakit rabies seperti kesedaran masyarakat, aspek perundangan, dan pengurusan berkesan penyakit tersebut. 
 
“Persidangan ini akan membincangkan topik penting seperti Rabies di Asia, One Health Approach in Rabies Management, Public Awareness on Rabies, Rabies Elimination: The Global Agenda, Bite Case Management, Enforcement & Licensing dan banyak lagi.” ujarnya.
 
 
Persidangan tersebut bakal menyaksikan kehadiran pakar-pakar perubatan tempatan dan antarabangsa untuk mengetengahkan isu semasa rabies dan mencari penyelesaian berkesan selaras dengan matlamat kerajaan untuk membasmi rabies di Sarawak.
 
Sebelum ini, DVSS telah berjaya menganjurkan beberapa program anti-rabies dan inisiatif seperti menyediakan akses mudah kepada vaksinasi anti-rabies, pelesenan anjing, penggunaan mikrocip dan perkhidmatan pengebiran haiwan peliharaan bersubsidi.
 
Untuk maklumat lanjut mengenai RIB 2022, orang ramai boleh melayari laman web, www.rabiesinborneo.com atau hubungi 082-555189. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan