Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Abdul Karim berucap pada program Town Hall Jelajah Belia di Dewan Masyarakat Pakan.

Peranan belia sentiasa diiktiraf oleh kerajaan

PAKAN, 26 Sept : Kesungguhan kerajaan mengiktiraf peranan belia sebagai tunjang pembangunan dan pemimpin masa depan terbukti melalui pelbagai usaha untuk memperkasakan peranan golongan berkenaan.

Menteri Belia, Sukan Dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah, berkata antara usaha penting termasuklah menurunkan had umur mengundi kepada 18 tahun, selain layak menjadi calon pada pilihan raya.

Ini bagi memastikan golongan itu berpeluang menjadi peneraju, seterusnya menentukan hala tuju pembangunan negeri pada masa depan.

“Kerajaan Malaysia juga telah melihat pentingnya belia ini dalam proses pembangunan dan proses siapa yang akan menjadi pentadbir negeri dan juga negara, dengan menurunkan had umur pengundi, had umur untuk mereka yang boleh menjadi calon, daripada umur 21 sehingga turun kepada 18 tahun dalam mana-mana pilihan raya yang akan diadakan selepas ini, baiknya pilihan raya negeri, baiknya pilihan raya kecil atau pun pilihan raya umum,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian pada program Town Hall Jelajah Belia di Dewan Masyarakat Pakan semalam.

Menurutnya, program berorientasikan belia yang sedang giat dilaksanakan berupaya menjadi penggerak generasi muda itu untuk terlibat langsung dalam aktiviti kemasyarakatan yang lebih bermanfaat.

Secara tidak langsung, katanya, ia bukan sekadar menjadi panduan tetapi juga membolehkan mereka untuk lebih bersedia menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin.

“Hakikatnya kerajaan Malaysia, kerajaan Sarawak, sentiasa melihat pentingnya peranan belia dalam pembinaan negara, menentukan siapa kerajaan. Itulah sebabnya, kita (kerajaan) mahu terus memastikan belia hari ini mendapat bimbingan,” kata Abdul Karim.

Malah, tambahnya, pendedahan berkesan perlu dirangka agar anak muda sentiasa berada di landasan yang betul. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan