Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Dr Sim bersama tiga orang anggota yang lain membantu dan mengangkat seorang anggota yang pengsan ketika perbarisan Majlis Pelancaran Immune Belt Enforcement Team (IBET) di Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini, hari ini. Foto: Sarawak Viral News (Facebook)
Dr Sim bersama tiga orang anggota yang lain membantu dan mengangkat seorang anggota yang pengsan ketika perbarisan Majlis Pelancaran Immune Belt Enforcement Team (IBET) di Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini, hari ini. Foto: Sarawak Viral News (Facebook)

Dr. Sim buktikan jiwa doktor perubatan tidak pernah luntur

ByNurul Amarlina

KUCHING, 26 Sept : Jiwa seorang doktor tidak akan pernah luntur apatah lagi apabila berhadapan dengan individu yang memerlukan pertolongan.

Tular di media sosial hari ini melaporkan Timbalan Premier Sarawak, Dato Sri Dr. Sim Kui Hian bergegas turun dari pentas utama demi membantu seorang anggota yang pengsan ketika perbarisan Majlis Pelancaran Immune Belt Enforcement Team (IBET) di Dataran Perayaan, Petra Jaya, di sini, hari ini.

Dr Sim yang merupakan seorang doktor dan pakar jantung dilaporkan sama-sama mengangkat anggota tersebut bersama tiga anggota yang lain.

“Bukan selalu kita melihat seorang Timbalan Premier melompat dari pentas utama membantu seorang anggota yang pengsan ketika pemeriksaan barisan diadakan.

“Begitulah jiwa seorang doktor yang akan membantu sesiapa sahaja ketika pertolongan diperlukan,” menurut laman facebook Sarawak Viral News dalam sebuah hantaran. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan