Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Sarawak akan terus menjalin hubungan dengan negara luar untuk pelbagai manfaat kepada negeri ini, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.

Bandar di Sarawak akan terus jalin hubungan dengan bandar luar negara – Dr. Sim 

KUCHING, 26 Sept : Sarawak akan terus menjalin hubungan dengan negara luar untuk pelbagai manfaat kepada negeri ini, kata Dato Sri Dr. Sim Kui Hian.
 
Timbalan Premier Sarawak berkata, beliau baharu sahaja pulang menghadiri majlis di Bandar Guro di Korea Selatan pada Jumaat lepas bersempena dengan penamaan ‘Kuching South Street’ (Kuchingsouth-Ro) bersama Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS), Datuk Wee Hong Seng.
 
“Ini sebagai memperingati hubungan antara MBKS dan bandar Guro sebagai bandar persahabatan.
 
“Sebenarnya Bandaraya Kuching dan Bandaraya Miri serta Bandar Sibu telah menjalinkan hubungan persahabatan dengan di beberapa buah negara sudah lama,”katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir Majlis Pelantikan Presiden dan Ahli Lembaga Kelab Rotary 2022-2023  bersempena ulang tahun Kelab Rotary ke – 82 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) semalam.
 
Berkenaan hubungan persahabatan Kuching dengan Guro, Dr. Sim berkata, MBKS telah menjadi bandar persahabatan dengan bandar itu sejak 10 tahun lepas.
 
“Sarawak dan Korea Selatan sentiasa mencari ruang untuk mengukuhkan lagi hubungan persahabatan yang terjalin,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan