Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pertandingan Sarawak Open Tug of War bakal diadakan di Pantai Tanjung Kembang, Kabong pada 22 hingga 23 Oktober ini dan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM31,600. Foto: Pusat Khidmat ADUN N.40 Kabong
Pertandingan Tarik Tali Terbuka Kabong yang akan berlangsung pada bulan depan menawarkan hadiah keseluruhan RM31,600 untuk dimenangi.

Pertandingan Tarik Tali Terbuka Sarawak tawar hadiah RM31,600

ByNurul Amarlina

KUCHING, 25 Sept : Pertandingan Tarik Tali Terbuka Sarawak di Kabong yang akan berlangsung pada bulan depan menawarkan hadiah keseluruhan RM31,600 untuk dimenangi.

Pertandingan yang melibatkan beberapa kategori itu yang akan berlangsung di Pantai Tanjung Kembang, Kabong dianjurkan oleh Jawatankuasa Induk Cawangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kabong dengan kerjasama Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong.

Menurut jurucakap penganjur, pertandingan terbuka kepada dua kategori iaitu lelaki terbuka Sarawak dan wanita terbuka Daerah Kabong.

“Bagi kategori Lelaki Terbuka Sarawak, penyertaan terhad kepada 16 pasukan sahaja dan kategori wanita dan jemputan terhad kepada 12 pasukan,”jelas kenyataan penganjur.

Pertandingan akan berlangsung pada 22 hingga 23 Oktober ini dan tarikh tutup penyertaan pada pukul 3 petang, 19 Oktober.

Mereka yang berminat boleh menghubungi John Jemat di talian 012-8927417 atau Najib Brahim (0198789840) atau ikuti Facebook rasmi Pusat Khidmat ADUN Kabong. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan