Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan, Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tiga kiri), dan ADUN Tanjung Datu, Azizul Annuar Adenan (dua kanan), bersama para pemenang satu acara perlumbaan di Pesta Lundu.

Penganjuran semula Pesta Lundu selepas dua tahun mengujakan

LUNDU, 25 Sept : Dalam tinjauan TVS di sekitar kawasan tapak Pesta Lundu yang bermula pada Jumaat lepas dan berakhir pada hari ini, rata-rata pengunjung yang hadir begitu teruja dengan penganjuran pesta pada kali ini.

Bagi salah seorang penduduk Lundu, Hanifah Mohiji, penganjuran pesta pada kali ini memberi peluang kepada orang ramai, terutamanya penduduk di sekitar kawasan Lundu, untuk menjana pendapatan.

“Pesta regatta ini sesuatu yang dapat kita kata memberikan peluang pekerjaan kepada penduduk di Lundu, juga penduduk di Kuching, kerana yang pertamanya, di Lundu jarang ada pesta sebegini dan dengan adanya pesta seperti ini, maka peluang pekerjaan wujud dengan pertambahan kedai dan gerai setelah dua tahun tidak ada regatta disebabkan pandemik Covid-19,” kata Hanifah.

Sofea Nor Nazira pula berkata ini merupakan pengalaman pertamanya mengunjungi Pesta Lundu, khususnya untuk menyokong ayahnya dalam perlumbaan regatta.

“Sangat seronok apabila dapat datang ke acara regatta ini buat kali pertama kerana melihat mereka lumba perahu.

“Saya sebenarnya dari Samarahan tetapi datang ke sini untuk memberi sokongan kepada ayah saya yang mengambil bahagian dalam acara regatta ini, dan ini merupakan kali pertama ayah saya menyertai acara lumba perahu ini,” kata Sofea.

Bagi usahawan ‘food truck’ yang didatangkan khas dari Kuching, Mohd Hafiz, ini merupakan peluang keemasan buat mereka untuk merancakkan lagi perniagaan mereka.

“Saya rasa ini kali pertama saya turut serta sebagai seorang usahawan, dan saya rasa berbaloi kerana saya bersama usahawan food truck yang lain, dan nampak sambutan yang menggalakkan sejak pagi,” katanya.

Ita Undi, seorang usahawan manik yang juga penduduk Lundu, juga tidak melepaskan peluang setelah penganjuran pesta itu tergendala selama dua tahun akibat pandemik.

“Sebelum wabak Covid-19 melanda, saya boleh katakan ramai yang mengunjungi Pesta Lundu ini, dan setelah dua tahun ini, sambutan juga menggalakkan. Begitu juga usahawan lain yang ramai datang, seperti cendawan yang tumbuh,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan