Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 635 individu diperiksa pada Operasi Khas Ketua Polis Kedah (House Storming) di sekitar Kuala Kedah di sini pada Jumaat dan Sabtu. Foto PDRM Kedah

Operasi khas polis cekup 158 individu di Kuala Kedah

ALOR SETAR, 25 Sept : Seramai 158 individu ditahan polis dalam tempoh dua hari Operasi Khas Ketua Polis Kedah di sekitar Kuala Kedah pada Jumaat dan Sabtu.
 
Seramai 69 individu termasuk dua wanita dan empat yang dikehendaki polis ditahan pada Jumaat.
 
Manakala, pada hari kedua, seramai 89 individu termasuk lima wanita dan enam orang dikehendaki polis ditahan.
 
Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah dalam satu kenyataan berkata, operasi itu membabitkan pemeriksaan ke atas 245 buah rumah dan premis iaitu 86 buah pada Jumaat dan 159 buah pada Sabtu.
 
“Mereka yang berusia antara 20-an hingga 50-an ditahan atas pelbagai kesalahan termasuk jenayah dan dadah.
 
“Selain itu, sebanyak 162 buah kenderaan turut diperiksa pada hari kedua dengan 60 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan trafik,”kata kenyataan itu hari ini.
 
Kenyataan itu menambah, kesemua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar bagi siasatan lanjut.
 
Ia membabitkan siasatan mengikut Seksyen 15(1)a dan Seksyen 39A(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953, Seksyen 30(3) Akta Racun 1952, Sek 135(1)(d) Akta Kastam dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959.
 
Operasi itu turut dibantu Pasukan Polis Marin (PPM) Kuala Kedah, Pasukan Gerakan Udara dan Tiger Platoon Pasukan Gerakan Am (PGA) Briged Utara.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan