Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ahli Parlimen Tanjong Manis, IR Yusuf Abd Wahab berkata, melalui usaha itu, rumah uzur dibaik pulih dengan harapan mereka dapat tinggal di kediaman yang lebih selamat dan selesa. Foto TVS

Lebih RM700 ribu disalurkan baiki kediaman daif di Tanjong Manis

SARIKEI, 25 Sept : Projek Penambahbaikan Rumah Miskin Sarawak (PPRMS) merupakan inisiatif Kerajaan Sarawak untuk membantu golongan memerlukan di negeri ini.
 
Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab berkata, projek itu di kawasannya telah dilaksanakan sejak dua tahun lepas.
 
“Antara kawasan yang menerima manfaat termasuklah Kampung Berangan dan Rumah Panjang Berangan sebanyak 73 pintu diikuti Parit Bugis, Sarikei dan Kampung Paloh,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan berjumlah RM82,600 kepada pelbagai persatuan dan pertubuhan di Tanjong Manis, semalam.
 
Yusuf berkata, projek itu akan terus dilaksanakan bagi memastikan mereka yang layak akan terus dibantu.
 
“Melalui usaha ini, rumah uzur dibaik pulih dengan harapan mereka dapat tinggal di kediaman yang lebih selamat dan selesa,”katanya.
 
Katanya setakat ini peruntukan sebanyak RM738 124 telah dibelanjakan untuk PPRMS di kawasannya.
 
“Kita cuba jadikan zon supaya tidak berselerak dan senang untuk melantik kontraktor melaksanakan kerja –kerja baik pulih itu,”katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan