Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seorang askar Korea Selatan berjalan melepasi TV yang menyiarkan laporan berita mengenai tembakan peluru berpandu balistik oleh Korea Utara ke arah laut di luar pantai timurnya, di Seoul, Korea Selatan hari ini. Foto: REUTERS/Kim Hong-Ji
Seorang askar Korea Selatan berjalan melepasi TV yang menyiarkan laporan berita mengenai tembakan peluru berpandu balistik oleh Korea Utara ke arah laut di luar pantai timurnya, di Seoul, Korea Selatan hari ini. Foto: REUTERS/Kim Hong-Ji

Korea Utara lancar peluru berpandu jarak dekat

ByBernama

SEOUL, 25 Sept : Ketua Staf Bersama (JCS) Korea Selatan pada Ahad mendakwa Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik jarak dekat di perairan timurnya.

JCS dalam satu kenyataan memaklumkan, pihaknya mengesan kehadiran peluru berpandu di kawasan sekitar Taechon, wilayah Pyongan Utara, pada 6.53 pagi waktu tempatan.

Bagaimanapun butiran lanjut mengenai pelancaran itu tidak didedahkan.

Korea Selatan dalam keadaan bersiap siaga serta menjalin kerjasama erat dengan Amerika Syarikat (AS) sambil mengukuhkan kewaspadaan dan pengawasan, menurut JCS.

Pelancaran peluru berpandu Korea Utara dilakukan dua hari selepas kapal pengangkut pesawat berkuasa nuklear AS tiba di Busan, kira-kira 390 kilometer dari tenggara Seoul, bagi mengadakan latihan dengan tentera laut Korea Selatan sehingga akhir bulan ini. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan