Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Mohd Daud Mohd Arif, pada perasmian Pameran Hospital Malaysia atau “Malaysia Healthcare Expo 2022” (MH Expo 2022) anjuran Malaysia Health Travel Council (MHTC) di Medan, Indonesia. Foto: MHTC
Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Mohd. Daud Mohd. Arif hadir pada perasmian Pameran Hospital Malaysia (MH Expo 2022) di Medan. Foto MHTC.

Wakil penjagaan kesihatan dan pelancongan Sarawak sertai MH Expo di Indonesia

JAKARTA, 24 Sept : Wakil penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan dan pelancongan dari Sarawak merupakan antara pemain industri yang turut menyertai Pameran Hospital Malaysia (MH Expo 2022) di Indonesia tahun ini.

Ketua Pegawai Eksekutif MHTC, Mohd. Daud Mohd. Arif berkata, selain itu pameran berkenaan turut disertai syarikat – syarikat dari Selangor dan Perak.

Katanya MH Expo tahun ini berakhir di Medan selepas berjaya dianjurkan di Jakarta dan Surabaya yang telah mendapat sambutan baik daripada rakyat negara itu.

“Malaysia yang merupakan destinasi utama untuk pelancong kesihatan di dunia.

“Susulan pembukaan semula sempadan antarabangsa, Malaysia bersedia untuk mengalu-alukan pelancong kesihatan yang menawarkan perkhidmatan penjagaan kesihatan bertaraf dunia, mudah diakses serta selamat dan dipercayai,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada perasmian MH Expo di Medan.

Sementara itu,Mohd. Daud memberitahu, pada 2019 sebelum pandemik, seramai 670,000 pelancong Indonesia memilih untuk mendapat rawatan kesihatan dan melancong di Malaysia.

Katanya, menerusi promosi yang dilaksanakan di tiga bandar utama Indonesia ini, Malaysia berharap lebih ramai pelancong kesihatan dari Indonesia untuk memilih Malaysia Healthcare.

Mengenai MH Expo 2022 di Medan , Mohd. Daud memberitahu, tumpuan akan diberikan kepada tawaran penjagaan kesihatan kualiti bernilai tinggi oleh hospital di Malaysia yang menjadi ahli Malaysia Healthcare.

“Mereka akan menawarkan pakej-pakej terbaik kepada penduduk Medan.

“Populariti penjagaan kesihatan di Malaysia semakin meningkat termasuk rawatan kesuburan, kardiologi, onkologi, ortopedik, hepatitis C dan pemeriksaan perubatan,”katanya.- TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan