Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohd. Abdul Latif Maxzakir muncul juara kategori 80 hingga 85 kilogram (kg) selepas menewaskan pesilat Perak, Muhammad Yussuf Razaki dengan keputusan 26 -16 pada perlawanan akhir pagi tadi. Foto: FB EDISI Kalaka Saratok.

SUKMA: Pencak silat hadiahkan dua emas kepada Sarawak

ByElani Rosllan

KUCHING, 24 Sept : Dua atlet pencak silat masing – masing menghadiahkan pingat emas kepada Sarawak pada hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini.

Mohd. Abdul Latif Maxzakir muncul juara kategori 80 hingga 85 kilogram (kg) selepas menewaskan pesilat Perak, Muhammad Yussuf Razaki dengan keputusan 26 -16 pada perlawanan akhir pagi tadi.

Acara yang berlangsung di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Nilai, Negeri Sembilan itu turut menyaksikan Raveena Jeno menghadiahkan emas kedua Sarawak hari ini.

 

Raveena Jeno meraikan pingat emas yang dimenanginya, Foto: FB EDISI Kalaka Saratok.

Raveena yang beraksi dalam acara kelas E wanita (kategori 65 hingga 70 kg) berjaya menewaskan pesilat Pahang, Nurul Aina Zailudin menerusi kiraan mata 41-35. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan