Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Jackson bersama Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak, Dato Gerald Rentap Jabu selepas memenangi pingat emas hari ini. Foto UKAS.

SUKMA: Emas kedua tinju disumbang Jackson Chambai

ByElani Rosllan

KUCHING, 24 Sept : Beberapa jam sebelum saingan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 melabuhkan tirai, kem Sarawak terus bersemangat memburu pingat emas yang ditawarkan.

Petang ini, gelanggang tinju di Putrajaya menjadi saksi ‘pecutan terakhir’ atlet Sarawak apabila berjaya meraih dua pingat emas.

Selepas kejayaan Daeloniel McDelon Bong menang emas kategori 54 hingga 57 kilogram (kg), seorang lagi petinju Sarawak, Jackson Chambai turut cemerlang menampilkan ‘tumbukan emas’.

Jackson yang bertarung pada final kategori 48 – 51 kg, cemerlang menewaskan Mohamad Hakimi yang mewakili Wilayah Persekutuan dengan keputusan 5 – 0 .

Semalam kem tinju turut menyumbang sebutir pingat perak menerusi Mohd. Helmi Cheng Mohd. Firdaus bagi kategori 63. 5 hingga 67 kg. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan