Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg hadir pada Majlis Pemasyuran Sarawak Delta Geopark sebagai Geopark Kebangsaan Keenam di Malaysia, di Kampung Budaya Sarawak, hari ini. Foto Mohamed Raffiq (TVS).

Sarawak kenal pasti 28 geotapak berpotensi – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Sept : Sarawak telah mengenal pasti sebanyak 28 geotapak di seluruh negeri yang berpotensi untuk dimajukan berdasarkan nilai tempatan, kebangsaan dan global yang dimiliki, kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, daripada jumlah berkenaan, sebanyak lapan geotapak bernilai tempatan manakala lapan lagi bernilai kebangsaan.

Katanya, terdapat juga 12 geotapak yang mempunyai nilai antarabangsa.

“Kesemuanya masih dalam kajian, ini menunjukkan kita (Sarawak) melaksanakan usaha pemuliharaan,” katanya.

 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Majlis Pemasyuran Sarawak Delta Geopark (SDGp) sebagai Geopark Kebangsaan Keenam di Malaysia, di Kampung Budaya Sarawak, hari ini.

Yang turut hadir, Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan dan Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datu Len Talif Salleh.

Sementara itu, Abang Johari berkata, pengisytiharan SDGp penting untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar.

“Saya berterima kasih kepada Datuk Seri Takiyuddin Hassan yang mencalon Sarawak Delta Geopark sebagai salah satu geotapak yang berpotensi untuk diiktiraf sebagai geotapak global di bawah Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” ujarnya.

SDGp berkeluasan 3,112 kilometer (km) persegi sekaligus menjadikannya sebagai yang kedua terbesar di Malaysia selepas Kota Kinabalu.

Sementara itu, Len Talif berkata, Kerajaan Sarawak menyatakan komitmen untuk bekerjasama dengan geotapak kebangsaan dan juga UNESCO supaya SDGp bergerak maju.

Katanya, SDGp mewakili warisan geologi, biologi dan budaya istimewa yang terdapat di Kuching, Bau, Daerah Kecil Padawan, Daerah Kecil Siburan dan juga sebahagian kecil Serian.

“Hari ini setelah lebih sedekad berbincang, menilai serta memperhalusi impaknya kepada dasar guna tanah dan perancangan negeri sedia ada, akhirnya kita menyaksikan majlis pemasyhuran Sarawak Delta Geopark sebagai Geopark Kebangsaan,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan