Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan merasmikan Pesta Tasik Biru 2022 semalam.

Pesta Tasik Biru 2022 tingkatkan sosioekonomi Bau

ByOdleen Catherny

BAU, 24 Sept : Pesta Tasik Biru 2022 yang dirasmikan semalam diyakini dapat meningkatkan sosioekonomi daerah ini menerusi sektor pelancongan dan perniagaan.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan berkata, beliau mahu penduduk Bau lebih agresif dalam merebut peluang yang disediakan oleh kerajaan.

“Saya juga berharap pesta ini akan dapat menyemarakkan lagi semangat bersatu padu.

“Pada masa sama, ianya juga akan membuka peluang kepada penduduk untuk terlibat dalam aktiviti sosial dan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Pesta Tasik Biru di sini semalam.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Pengangkutan Sarawak, Dato Henry Harry Jinep.

Selepas merasmikan pesta berkenaan, Awang Tengah bersama isterinya, Datuk Dayang Morliah Awang Daud turut melawat dan membeli – belah di gerai yang dibuka di situ.

Sementara itu, Henry yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tasik Biru berkata, pesta berkenaan akan berlangsung selama 11 hari dan ini merupakan kali pertama penganjurkan melaksanakannya dalam tempoh lebih lama.

“Pesta ini akan memanfaat penduduk setempat terutamanya usahawan pertanian, makanan serta kraf tangan.

“Ini juga merupakan platform terbaik bagi komuniti perniagaan tempatan untuk mengetengahkan bakat dan produk masing- masing,” katanya.

Katanya, penganjur menyasarkan kehadiran lebih 60,000 pengunjung sebelum pesta berkenaan berakhir pada 2 Oktober depan.

Pesta kali ini menerapkan konsep pelancongan Sarawak iaitu Culture, Adventure, Festival and Food. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment


Berita Berkaitan