MIRI, 24 Sept : Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya melanggar sebatang pokok dan terbabas ke kiri jalan dalam kejadian awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner (ACP) Alexson Naga Chabu berkata, kejadian pada pukul 1.35 pagi di Jalan Miri – Aiport itu berlaku apabila mangsa yang berumur 41 tahun datang dari arah pusat bandar menghala ke rumahnya di Taman Jelita.
“Setibanya di tempat kejadian, mangsa dipercayai gagal mengawal kereta jenis Nissan Navaranya lalu melanggar sebatang pokok di pembahagi jalan.
“Pelanggaran itu menyebabkan mangsa tersepit dalam kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,”katanya menerusi kenyataan media.
Menurut Alexson, kereta yang dipandu mangsa mengalami kerosakan teruk di bahagian hadapan.
Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. -TVS.