Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, bersama peserta pertandingan masakan tradisi keluarga PPWS.

Kekalkan resipi masakan tradisi keluarga

MIRI, 25 Sept : Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-60 Persatuan Perkumpulan Wanita Sarawak (PPWS), persatuan tersebut telah mengadakan pertandingan masakan tradisi keluarga.

Pertandingan tersebut diadakan bertujuan untuk memelihara masakan tradisional di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut, yang juga Datuk Bandar Miri, Adam Yii Siew Sang, berharap agar aktiviti sedemikian dapat dijalankan setiap tahun bagi menghargai teknik dan masakan tradisional keluarga masing-masing, bukan sahaja diadakan sempena sambutan Jubli Intan persatuan itu sahaja.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian program tersebut di Bangunan PPWS Miri pada Sabtu.

“Saya harap anda semua terus menjalankan semua aktiviti ini.

“Saya difahamkan bahawa pertandingan pada pagi ini adalah aktiviti simbolik sempena sambutan Jubli Intan,” kata Yii.

Beliau juga turut menyarankan agar PPWS menambahkan jumlah keahliannya dan melibatkan diri secara aktif dalam pelbagai aktiviti sosial.

Setakat ini PPWS Miri-Bintulu mempunyai seramai 820 orang ahli.

Untuk makluman, PPWS mempunyai lima cawangan di seluruh Sarawak. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan