Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Pelancongan Seni dan Budaya, Dato Sri Nancy Shukri hadir pada Majlis Pelancaran Logo Baharu Voluntourism di Simunjan di sini hari ini. Foto: Faitullah Morni (TVS).

Karya seni awam tarikan baharu di Simunjan

ByLuqman Muhammad

SIMUNJAN, 24 Sept : Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Balai Seni Negara telah mengadakan Projek Seni Awam di Padang Sentral Simunjan.

Menterinya, Dato Sri Nancy Shukri berkata, projek berkenaan akan memberi nilai tambah kepada Daerah Simunjan untuk diketengahkan sebagai sebuah destinasi pelancongan.

Katanya, sebanyak tiga karya seni awam dibangunkan oleh pelukis tempatan bersama sukarelawan pelancongan yang terdiri daripada pelajar sekolah.

“Saya melihat kawasan ini akan menjadi tempat pemilik Instagram datang untuk bergambar.

“Selain itu, projek ini juga memanfaatkan masyarakat setempat apabila kita menjangkakan kehadiran pelancong luar kawasan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Logo Baharu Voluntourism di sini, hari ini.

Antara karya seni awam yang dihasilkan termasuklah instalasi gegantung payung tiga warna iaitu merah, kuning dan hitam yang mewakili warna bendera Sarawak.

Arca udang galah di Simunjan dihasilkan daripada bahan kitar semula dan logam terpakai.

Sementara itu Nancy memberitahu, arca berbentuk udang galah pula dihasilkan daripada bahan kitar semula dan logam terpakai.

“Selain itu terdapat juga lukisan tiga dimensi (3D) yang berkonsepkan pengangkutan arang batu,”katanya.

Mengenai program voluntourism, Nancy memberitahu inisiatif berkenaan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat serta menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti berteraskan pelancongan. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan