Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kerajaan Sarawak akan membina jalan raya berkembar yang menghubungkan kawasan-kawasan di Sarawak Delta Geopark (SDGp), kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg. Foto TVS.

Jalan raya berkembar bakal dibina di SDGp – Abang Johari

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Sept : Kerajaan Sarawak akan membina jalan raya berkembar yang menghubungkan kawasan-kawasan di Sarawak Delta Geopark (SDGp), kata Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg.

Premier Sarawak itu berkata, inisiatif berkenaan sudah dirancang di bawah Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).

“Pembinaan jalan berkenaan akan bermula di bulatan Yayasan Sarawak hingga ke Santubong.

“Laluan Transit Aliran Autonomi (ART) juga akan disediakan.

“Selain itu di Bau, laluan lama dari Kuching ke sana juga akan dinaik taraf kepada jalan raya berkembar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pemasyuran SDGp sebagai Geopark Kebangsaan Keenam di Malaysia, di Kampung Budaya Sarawak, di sini hari ini.

Jelasnya, perancangan berkenaan merupakan tindakan kerajaan negeri dalam menyediakan fasiliti asas di kawasan yang disebut.

“Selepas SDGp diiktiraf di bawah Geopark Kebangsaan yang keenam di Malaysia, usaha akan dipertingkatkan supaya tapak berkenaan disenarai pula di bawah Pertubuhan Pendidikan Kebudayaan dan Saintifik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO),” katanya.

Abang Johari berkata, beliau mahu pelancong yang datang untuk menikmati keindahan Sarawak tidak perlu berdepan kesukaran untuk berulang alik. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan