Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg dan Timbalannya, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan hadir pada Majlis Pemasyuran Sarawak Delta Geopark sebagai Geopark Kebangsaan Keenam di Kampung Budaya Sarawak di sini hari ini. Foto TVS.

Abang Johari harap ada ‘berita gembira’ untuk Sarawak menerusi Bajet 2023

ByOdleen Catherny

KUCHING, 24 Sept : Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berharap agar Sarawak akan menerima ‘khabar gembira’ menerusi Pembentangan Bajet 2023 pada bulan depan.

Premier Sarawak itu berkata, pada kebiasaannya terdapat beberapa bantuan dan peruntukan akan disalurkan kepada negeri ini.

“Sudah tentu harapan kita juga besar (sempena pembentangan Bajet 2023),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas hadir pada Majlis Pemasyuran Sarawak Delta Geopark di Kampung Budaya Sarawak, di sini hari ini.

Semalam, Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turut menyuarakan harapan agar Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan untuk memberi peruntukan yang lebih besar kepada Sarawak.

Menurut Awang Tengah, ini kerana terdapat banyak projek naik taraf dan logistik perlu dilakukan di Sarawak terutamanya kawasan pedalaman. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan