Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 208 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina telah diusir keluar oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam. Foto JIM Sabah.

208 PATI Filipina diusir melalui Pelabuhan Sandakan

SANDAKAN, 24 Sept : Seramai 208 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina diusir oleh Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) semalam.

Pengarah JIM Sabah, Sh Sitti Saleha Habib Yusoff berkata, program pengusiran PATI Siri 10 itu merupakan yang kedua dijalankan pada bulan ini dengan melibatkan pengusiran melalui Pelabuhan Sandakan.

Katanya, seramai 97 lelaki dewasa, 60 perempuan dewasa, 46 kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 12 tahun ke bawah dan lima kanak-kanak berumur 23 bulan ke bawah dihantar pulang semalam.

“Seperti Program Pengusiran Siri 9/2022 yang dilaksanakan pada 6 September lepas, semua tahanan kali ini juga diusir melalui laut dengan menggunakan pengangkutan feri.

“Bagaimanapun, tahanan PATI yang terlibat kali ini hanya tahanan Filipina di Depot Sandakan sahaja berbanding pengusiran lepas yang melibatkan tahanan dari empat depot di seluruh Sabah,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau, kesemua PATI yang ditahan di Depot Imigresen telah melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963.

“Oleh itu semua warga asing diingatkan untuk memiliki dokumen perjalanan yang sah dan permit kerja yang dibenarkan untuk bekerja di Sabah sebelum masuk ke sini.

“Semua agensi penguatkuasaan di Sabah akan sentiasa mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang tidak mematuhi peraturan dan undang-undang negara,” jelasnya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan