Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Seramai 10 individu di bandar ini dikesan menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan peluang pekerjaan dengan dijanjikan komisen lumayan. Foto: JSJKPDRM

10 individu di Sibu rugi lebih RM91 ribu jadi mangsa ‘scammer’

SIBU, 24 Sept : Seramai 10 individu di bandar ini menjadi mangsa sindiket penipuan dalam talian yang menawarkan peluang pekerjaan sambilan serta komisen lumayan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Zulkipli Suhaili berkata, modus operandi terbaharu sindiket berkenaan ialah ‘mencari’ mangsa menerusi platform e-dagang dan aplikasi sosial media.

“Taktik berkenaan mengakibatkan kesemua mangsa menanggung kerugian keseluruhan berjumlah RM91,696.85 sepanjang Julai hingga bulan ini.

“Sindiket akan mengiklankan tawaran pekerjaan di Lazada, Shopee, Facebook dan Instagram dengan menghantar pautan sebelum mangsa disuruh membeli barangan itu dan memberikan ‘rating’.

“Mereka dijanjikan komisen lumayan untuk tugasan berkenaan,”katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Katanya, pada peringkat awal, mangsa menerima komisen secara berperingkat namun akhirnya ditipu apabila mereka lebih yakin untuk membuat ‘tugasan’ yang lebih besar.

“Sehubungan itu, orang ramai juga diminta supaya lebih berwaspada dengan taktik ini dan sentiasa membuat semakan akaun bank menerusi laman web http://semakmule.rmp.gov.my bagi mengelak daripada menjadi mangsa,”katanya.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan