KUCHING, 23 Sept : Sorakan padu bergema di Kompleks Sukan Jalan Duta pagi tadi apabila beregu lelaki tenis Sarawak, Jimmy Liong Kai Long dan Muhammad Aiman Hamdan berjaya meraih pingat emas.
Gandingan itu menumpaskan Muhammad Nur Iman Mohd. Noor Ariffin dan Syabil Md Shaharudin dari Selangor dengan keputusan 6-2 dan 6-4.
Sementara itu, pingat gangsa pula menjadi milik Imran Daniel Abdul Hazli dan Naufal Siddiq Kamaruzzaman dari Negeri Sembilan. – TVS