Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengurniakan darjah-darjah kebesaran kepada dua penerima di Dewan Besar Astana Negeri Kuching hari ini. Foto: TVS

Tun Taib kurnia darjah kebesaran kepada dua penerima

ByAkma Salleh

KUCHING, 22 Sept : Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud mengurniakan darjah kebesaran kepada dua penerima di Dewan Besar Astana Negeri hari ini.

Istiadat dimulakan dengan pengurniaan Darjah Gemilang Bintang Kenyalang Sarawak – Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) (Kehormat) kepada Datuk Dr Othsman Hassan yang merupakan Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri Kemboja yang merangkap menteri bertanggungjawab dalam hal ehwal masyarakat Islam di Kemboja.

Pengurniaan seterusnya membabitkan Darjah Yang Amat Mulia Bintang Sarawak – Panglima Setia Bintang Sarawak (PSBS) kepada Dato Westmoreland Edward Palan yang juga Duta Besar Malaysia ke Holy See Rom, Itali.

Turut hadir pada majlis berkenaan isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Raghad Kurdi Taib, Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Komuniti negeri, Dato Sri Fatimah Abdullah dan Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Transformasi Prestasi dan Penyampaian Perkhidmatan), Datu Dr. Sabariah Putit.-TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan