KUCHING, 22 Sept : Persatuan Orang – Orang Pekak Sarawak akan menganjurkan Program Penjagaan Kesihatan Gigi dengan kerjasama Klinik Pergigian Batu Kawah.
Program yang dijadual berlangsung pada 24 September ini bertujuan untuk membangunkan komuniti pekak di Sarawak.
“Program ini diharap dapat mewujudkan ruang interaksi membabitkan petugas barisan hadapan dengan komuniti pekak selain memberi pendedahan tentang tahap kesihatan gigi yang maksimum kepada golongan sasar,”jelas persatuan itu menerusi kenyataan media.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Beatrice menerusi aplikasi WhatsApp di talian 016-685 0061 atau berhubung dengan Pegawai Komuikasi Khas, Lorraine Mitchelle Dores di talian 013-257 0279. -TVS