Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Kapal tersebut telah ditahan pada jarak lebih kurang 6.3 batu nautika dari Kuala Tatau, dekat ini pada jam 6.30 pagi semalam. Foto Zon Maritim Bintulu

Kapal nelayan disita, langgar syarat  zon perikanan

BINTULU, 22 Sept : Sebuah kapal nelayan tempatan ditahan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Bintulu kerana disyaki menangkap ikan di kawasan yang tidak dibenarkan.

Kapal berkenaan ditahan pada jarak lebih kurang 6.3 batu nautika dari Kuala Tatau,dekat sini sekitar pukul 6.30 pagi semalam.

Pengarah Zon Maritim Bintulu,Kepten Maritim Mohd. Khairol Anuar Saad berkata, tangkapan dilakukan berdasarkan aduan orang awam yang mendapati terdapat kapal nelayan tempatan yang menceroboh kawasan pesisir pantai.

“Hasil pemeriksaan mendapati vesel itu dikendalikan oleh lima kru termasuk seorang tekong tempatan manakala dua lagi merupakan warga Indonesia yang berumur dalam lingkungan 38 hingga 65 tahun.

“Kesemuanya mempunyai pasport dan permit untuk bekerja di atas vesel nelayan daripada Jabatan Perikanan Malaysia,” jelasnya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Mohd. Khairol Anuar,pihaknya turut menyita peralatan menangkap ikan jenis pukat tunda dan sebanyak 200 kilogram (kg) ikan pelbagai jenis.

“Kesemua kru kapal itu diiringi ke Pusat Tahanan Vesel Zon Maritim Bintulu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 8 (b) Akta Perikanan 1985,”katanya.

Sementara itu, beliau memberitahu, sepanjang bulan ini, sebanyak tiga buah vesel nelayan tempatan didapati melanggar undang-undang perikanan telah dikesan oleh pihaknya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan