Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Tiga pekerja sebuah cafe cedera apabila saluran gas petroleum cecair (LPG) di bahagian dapur premis itu meletup dalam kejadian di Tanjung Batu,dekat sini petang tadi.

Tiga pekerja kafe di Tanjung Batu cedera akibat letupan saluran LPG

BINTULU, 21 Sept : Tiga pekerja sebuah kafe cedera akibat letupan saluran gas petroleum cecair (LPG) di bahagian dapur premis itu dalam kejadian di Tanjung Batu,dekat sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Christus Buson berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu pada pukul 2.47 petang.

“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 2.54 petang, pasukan kami mendapati beberapa bahagian cermin kaca dan siling mengalami kerosakan dan berlaku kebakaran kecil di bahagian dapur.

“Mereka yang cedera termasuk dua lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 50-an yang mana salah seorang mengalami kelecuran tahap satu di bahagian muka,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut Christus, seorang lagi pekerja wanita warga Indonesia pula mengalami kelecuran tahap dua dan dihantar ke Hospital Nyabau, Bintulu. -TVS

 

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan