KUCHING, 21 Sept : Pasangan Sarawak, Josiah Hong Xiang Win dan Natasha Mohd Shahruddin berjaya merangkul pingat emas acara memanah compound berpasukan campuran Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini.
Pada peringkat akhir di Stadium Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Nilai, Negeri Sembilan, wakil Sarawak itu mencatatkan pungutan mata 149.
Jumlah itu sudah memadai untuk mereka menewaskan Mohamad Syafiq Md Ariffin dan Athirah Awni Mat Yatya yang mengumpul 146 mata.
Pingat gangsa pula menjadi milik pasangan Wilayah Persekutuan, Muhammad Danieal Haqiemi Sohebi dan Nur Nisa Aliya Muhamad Radzif. – TVS