Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Roslan bersama dua anak didiknya yang berjaya hadiahkan gangsa acara seni Muay Thai kepada Sarawak pada SUKMA hari ini. Foto Firdaus Ismail (TVS)

SUKMA : Kakak dan adik sumbang gangsa seni Muay Thai

ByFirdaus Ismail
KUALA LUMPUR , 21 Sept : Atlet adik – beradik, Nur Afiqah Musfirah Baharom dan Nur Arifah Mahsunah Baharom berjaya menghadiahkan gangsa kepada Sarawak dalam kategori mai Muay Thai, Sukma Malaysia (SUKMA) hari ini.
 
Nur Afiqah Musfirah, 19, berkata, walaupun impian untuk meraih emas tidak tercapai, dia dan kakaknya telah memberi aksi terbaik mereka dalam gelanggang.
 
“Selepas ini kami akan teruskan latihan bagi menyertai beberapa kejohanan pada masa akan datang,” katanya kepada TVS.
 
Sementara itu, jurulatih mereka, Roslan Johani berkata, dia berpuas hati dengan persembahan yang dipamerkan oleh dua beradik yang berasal dari Samarahan itu.
 
“ Memang kita harapkan emas namun rezeki setakat separuh akhir, kita bersyukur,” katanya.
 
Emas acara berkenaan dimenangi Sabah manakala Wilayah Persekutuan membawa pulang pingat perak.
 
Sementara itu , Roslan memberitahu, pasukan Muay Thai wanita Sarawak turut berjaya membawa pulang gangsa menerusi  Nur Azirah Mohd Yudi yang beraksi bagi kategori 54- 57 kilogram. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan