KUALA LUMPUR, 21 Sept : Acara Muay Thai Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 menceriakan kontinjen Sarawak hari ini apabila menghadiahkan dua butir pingat emas.
Muhammad Elias Ghazali Zulfikar,19, menang kategori 63.5 kilogram (kg) selepas menewaskan atlet Terengganu, Mohd Fazzatkie Mohd. Zaki dalam acara akhir petang tadi.
Pingat gangsa pula menjadi milik Mohamad Rashid Mohd. Redzuan dari Johor dan Umar Ha Abdullah dari Perak.
Kejayaan Muhammad Elias Zulfikar mengikut jejak langkah adiknya, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar yang menang emas kategori 60 kg.
Sementara itu, pertarungan petang tadi juga menyaksikan Sarawak menambah pingat gangsa menerusi T. Kabilan bagi kategori 67 kg. -TVS