Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Mohamad Hasbullah menyumbangkan gangsa kepada Sarawak menerusi acara 42 kg Muay Thai SUKMA 2022 hari ini. Foto: Firdaus Ismail (TVS)

SUKMA : Anak muda Sadong Jaya sumbang gangsa Muay Thai

ByFirdaus Ismail

KUALA LUMPUR , 21 Sept : Atlet Muay Thai Sarawak, Mohamad Hasbullah Mood yang membuat penampilan kali pertama pada pentas Sukan Malaysia (SUKMA) berjaya menghadiahkan pingat gangsa kepada kontinjen Sarawak hari ini.

Mohamad Hasbullah,18, berkata, dia bertekad untuk memperbaiki pencapaian pada SUKMA akan datang.

“Saya masih boleh bertanding pada masa akan datang dan mahu kembali ke pertandingan ini dan mencatatkan keputusan yang lebih baik,” katanya kepada TVS.

Dalam pertandingan separuh akhir, bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sadong Jaya ini akur kepada wakil Wilayah Persekutuan bagi kategori 42 – 45 kilogram (kg).

Mohamad Hasbullah berkata, selepas ini dia akan menyertai beberapa pertandingan Muay Thai di Sarawak untuk mencari pengalaman dan menajamkan aksinya dalam gelanggang.

Sementara itu, Sarawak berpeluang untuk menambah dua pingat emas acara Muay Thai hari ini apabila dua wakilnya diketuai juara remaja dunia, Johan Ghazali akan beraksi dalam final kategori 60 kg.

Abangnya, Elias Ghazali pula akan berentap bagi kategori 63 kg.

Sementara itu, jurulatig Johan Ghazali dan Elias Ghazali,  Addy Singapayak berkata, dia yakin kemampuan dua atletnya menjelang final sebentar lagi.

“Sudah pasti menyasarkan emas dan saya tahu mereka (Johan dan Elias) akan memberikan aksi terbaik,” katanya. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan