Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datu Len Talif Salleh berkata penghasilan kamus itu bertujuan untuk memperkaya peristilahan Bahasa Melanau Kuala Rajang. Foto TVS

Kamus Melanau Kuala Rajang pertama bakal diterbitkan

KUCHING, 21 Sept : Kamus Melanau Kuala Rajang pertama di Sarawak bakal diterbitkan sebagai usaha untuk memartabat dan memperkenalkan bahasa unik etnik tersebut.
 
Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar negeri, Datu Len Talif Salleh berkata, penghasilan kamus itu juga bertujuan untuk memperkaya peristilahan Bahasa Melanau Kuala Rajang.
 
Kata beliau, ketika ini pertuturan Bahasa Melanau diancam kepupusan disebabkan pelbagai faktor termasuklah perkahwinan campur.
 
“Percakapannya juga sudah berubah seperti yang berlaku di Kampung Rajang, Kampung Ulu dan Kampung Hilir.
 
“Banyak istilah hilang apabila ianya tidak lagi dipertuturkan,” katanya.
 
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media sempena Bengkel Pemurnian Kamus Melanau Rajang di sini hari ini.
 
Bengkel berkenaan dihadiri seramai 35 peserta dari Kampung Kuala Rajang, Jerijeh dan Belawai.
 
Setakat ini, sebanyak 2,000 patah perkataan berjaya dikumpul dan diperbetulkan untuk tujuan pembukuan. 
 
Sementara itu, Len Talif yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Rajang berkata,usaha membukukan Kamus Melanau itu masih belum terlambat.
 
“Oleh sebab itu, saya bersama rakan – rakan termasuklah Prof Dr Yusuf Hadi dan juga Hardi Keli serta dibantu beberapa pihak akan melakukan usaha ini di semua peringkat bermula umur 18 hingga 90 tahun,” katanya.
 
Menurut Len Talif, beliau berharap usaha berkenaan mendapat sokongan pelbagai pihak kerana sebelum ini banyak etnik di Sarawak telah mengeluarkan kamus mereka sendiri seperti Kamus Melayu, Kamus Kedayan dan Kamus Kesekapan untuk Kejaman.
 
“Jadi masyarakat Melanau juga sudah mengeluarkan kamus sendiri iaitu Kamus Matu Daro,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan