Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Foto: Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia

Dua hektar ladang ganja yang siap dituai di Aceh dimusnahkan

JAKARTA, 21 Sept : Badan Narkotik Nasional (BNN) Indonesia memusnahkan dua hektar ladang ganja yang siap dituai di Desa Pulo, Mukim Lamteuba, Kecamatan Seulimum, Aceh Besar.

Ladang ganja itu terletak di Hutan Perlindungan Pergunungan pada ketinggian 839 meter.

Timbalan Pengarah Narkotik Pemberantasan BNN Brigedier Jeneral Roy Hardi Siahaan yang mengetuai operasi pemusnahan tersebut berkata, operasi ini membuktikan bahawa pihak berkuasa Indonesia serius dalam usaha mereka untuk membenteras kegiatan penanaman ganja di Indonesia..

“Pemusnahan dilakukan pada Isnin (19/09) kelmarin oleh 107 anggota gabungan dan berjaya membersihkan lebih daripada 20,000 pokok ganja setinggi 2 meter dengan jumlah berat 10 tan dengan keluasan ladang dua hektar,” katanya

Mereka mencapai ladang ganja itu dengan menempuh jarak 6 kilometer dari permukiman dengan berjalan kaki.

Gerakan bersepadu itu dilaksanakan dengan kerjasama Polis Daerah Aceh, TNI, Agensi Perhutanan, serta beberapa agensi berkaitan lain.

BNN berharap orang ramai akan lebih peka dengan peraturan yang melarang keras pemilikan, penanaman dan pengedaran haram barangan terlarang itu. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan