Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Puong Wei Hii sekali lagi menghadiahkan emas buat Sarawak menerusi acara renang 200 meter kuak lentang lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini. Foto: Sukan Sarawak.

SUKMA: Wei Hii hadiahkan emas kedua untuk Sarawak

ByElani Rosllan

KUCHING, 20 Sept : Puong Wei Hii sekali lagi menghadiahkan emas buat Sarawak menerusi acara renang 200 meter kuak lentang lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 hari ini.

Wei Hii merekodkan catatan terpantas iaitu 2:07:71 saat sekaligus menewaskan Joel Ling Thai Yu dari Brunei yang mencatatkan masa 2:12.91 saat.

Wakil Melaka, Low Zheng Yong pula membawa pulang gangsa.

Ini merupakan emas peribadi kedua Wei Hii setelah memenangi emas dalam acara renang 100 meter kuak dada lelaki semalam.

Baca artikel berkaitan > > > SUKMA : Sarawak mulakan aksi kolam renang dengan emas dan perak

Selain itu, Sarawak turut merangkul pingat perak dan gangsa dalam acara renang 100 meter bebas wanita masing-masing menerusi Leong Wan Mei (59.14 saat) dan Kelly Teo Yao (59.27 saat). – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse programmes on channel 122 MYTV, Unifi TV and Astro. Stream TVS live now on the MYTV Mana-Mana, Unifi TV and ASTRO GO apps.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

WhatsApp: TVS

 

Berita Berkaitan