Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Pengerusi Jawatankuasa Khas Pasukan Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa

Pasukan Jihad Tangani Inflasi komited terus laksana misi walaupun dikritik hebat

KUCHING, 20 Sept: Jawatankuasa Khas Pasukan Jihad Tangani Inflasi tidak akan berganjak daripada menjalankan misinya, walaupun menerima kritikan hebat daripada segelintir pihak yang menuding jari terhadap pasukannya ekoran kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR).

Pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa, menegaskan, kenaikan kadar OPR tidak ada kaitan dengan pasukan tersebut memandangkan ia berada di luar bidang kuasa pasukan itu.

“Dua isu yang sangat berbeza. Pertama sekali, ia tidak termasuk dalam kuasa Jawatankuasa Jihad Tangani Inflasi untuk masuk campur atau menentukan kadar OPR.

“Di seluruh dunia, amalan OPR ditentukan oleh satu badan bebas di bawah (badan) oversight Central Bank, iaitu di bawah Akta Bank Negara,” kata Annuar.  

Mengulas mengenai kenaikan kadar OPR pada awal bulan ini, beliau menyifatkan kenaikan itu sebagai satu langkah bagi mengimbangi nilai mata wang negara dan memulihkan ekonomi negara.

Menurut Annuar, ihaknya tetap komited untuk meneruskan misi pasukan berkenaan bagi membantu meringankan beban rakyat.

“Jawatankuasa Jihad akan terus memantau dan mengawal kenaikan harga barang, terutamanya barang-barang kawalan.

“Kita akui kita tidak dapat menghalang kenaikan harga semua jenis barang, namun kita mampu mengawal kenaikan barang kawalan dan juga barang ‘essential’ yang menjadi keperluan kepada rakyat,” katanya.

Annuar memberitahu, setakat hari ini kerajaan telah membelanjakan RM77 bilion untuk membuat intervensi subsidi yang telah melebihi peruntukan asal, iaitu sebanyak RM33 bilion.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Pengagihan PerantiSiswa Peringkat Negeri Sarawak di Institut Pendidikan Guru (IPG) Batu Lintang di sini padahari ini.

Seramai 411 pelajar, yang terdiri daripada 144 pelajar IPG Kampus Batu Lintang dan 267 pelajar IPG Kampus Tun Abdul Razak, menerima PerantiSiswa berbentuk tablet pada majlis tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan