Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg bakal membuat lawatan rasmi ke Jepun mulai Isnin untuk mengambil bahagian dalam forum sebagai penceramah panel bagi menangani perubahan iklim.

Dokumentari ‘Gawai Antu’ martabat budaya kaum Iban

KUCHING, 20 Sept: ‘Gawai Antu: A Documentary Film’ merupakan satu inisiatif yang baik dalam usaha memartabatkan budaya dan identiti kaum Iban.

Menurut Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, dokumentari tersebut dilihat mampu mempamerkan aspek sosiobudaya di Sarawak yang pelbagai agar dapat dihayati masyarakat luar dan dalam Sarawak.

Abang Johari berkata, beliau begitu teruja melihat pelbagai adat dan tradisi diadakan pada sambutan perayaan tersebut ketika dijemput untuk menghadiri Gawai Antu di Rumah Gensurai Layar di Betong pada tahun 2018.

Oleh itu, tambahnya, keputusan Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang dan keluarga untuk mendokumentasikan sambutan tersebut adalah tepat dan wajar dijadikan contoh oleh semua kaum etnik di negeri ini.

“Dokumentari ini adalah usaha yang baik oleh Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu dan keluarga untuk mendokumentasikan sambutan tersebut agar dapat dipertontonkan dalam pelbagai medium oleh generasi baharu, sama ada masyarakat Iban mahupun masyarakat lain di luar sana.

“Ini adalah usaha yang wajar dijadikan contoh oleh kaum etnik kita di Sarawak untuk mengekalkan warisan budaya dengan cara mendokumentasikan dan menyimpannya secara digital buat tontonan generasi akan datang,” katanya.

Abang Johari menambah, perayaan tersebut telah menyatukan masyarakat majmuk di negara ini serta menarik pelancong dari luar yang turut merayakan sambutan perayaan itu.

Beliau berkata demikian ketika melancarkan dokumentari ‘Gawai Antu; A Documentary Film’ terbitan Image Farm Sdn Bhd di Muzium Budaya Borneo.

Bekas Timbalan Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Alfred Jabu Numpang, berucap pada Majlis Pelancaran ‘Gawai Antu: A Documentary Film’.

Dalam pada itu, Bekas Timbalan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Tan Sri Dr Alfred Jabu Numpang, berterimakasih kepada semua yang terlibat kerana menjayakan filem dokumentari tersebut, yang telah dihasilkan untuk berkongsi budaya kaum Iban agar dapat dijadikan rujukan bagi kajian pada masa akan datang.

“Saya berterimakasih kepada mereka di atas segala usaha cemerlang mereka untuk menghasilkan filem dokumentari berkualiti tinggi dengan format resolusi tinggi ini, demi mencapai objektif yang diinginkan untuk mendokumentasikan dan merekodkan atur cara Gawai Antu untuk disimpan dan dipelihara sebagai rujukan pendidikan dan antropologi pada masa hadapan.

“Pelancaran filem dokumentari Gawai Antu oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg adalah amat penting, khususnya bagi masyarakat Iban dan bagi Sarawak secara keseluruhannya,” tambah Jabu.

Menurut Jabu, selain untuk dijadikan rujukan, dokumentari ini turut mengetengahkan keharmonian antara kaum di seluruh sarawak yang turut sama meraikan perayaan tersebut. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan