Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
SPRM Sabah menahan lima penjawat awam negeri kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu perpindahan melibatkan beberapa daerah di Sabah. Foto TVS.

Dakwa terima suapan, pengarah bahagian fasiliti UA direman tujuh hari

MELAKA, 20 Sept:  Seorang pengarah bahagian pengurusan fasiliti sebuah universiti awam (UA) di sini direman tujuh hari atas dakwaan menerima suapan.

Lelaki berusia 50an itu tiba dengan berpakaian lokap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berwarna jingga di Mahkamah Majistret di sini kira-kira 9 pagi.

Perintah reman bermula hari ini hingga Isnin depan dikeluarkan Majistret Mazana Sinin, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Semalam, Pengarah SPRM Melaka Mohd Shahril Che Saad dilaporkan berkata lelaki itu ditahan pada kira-kira 3 petang, ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM.

Lelaki itu ditahan atas dakwaan menerima satu suapan harta alih iaitu sebuah kenderaan jenis Honda Accord 2.4 i-vtec yang dianggarkan bernilai RM174,500 daripada seorang pemilik syarikat kontraktor di Klang, Selangor sebagai dorongan untuk memperoleh tender terbuka bernilai RM1,654,350. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan