KUALA LUMPUR, 19 Sept: Sarawak menguasai acara renang 100 meter kuak dada lelaki pada Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-20 apabila atletnya melakukan renangan emas dan perak sebentar tadi.
Puong Wei Hii menghadiahkan emas pertama di kolam renang selepas merekodkan 1:03.95s.
Job Tan Xi Jay pula memastikan permulaan cemerlang buat kontinjen Bumi Kenyalang apabila menamatkan acara itu di tempat kedua dengan catatan 1:04.05s.
Perenang Wilayah Persekutuan, Khiew Tze Yean membawa pulang gangsa dengan catatan 1:04.06s. -TVS