Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Fenomena letusan gunung berapi lumpur yang berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin pada Ahad bukan kejadian seumpamanya yang pertama berlaku di kawasan itu. Foto: Sbn Hamit

Penduduk diminta tidak panik ekoran letusan gunung berapi lumpur

LAHAD DATU, 19 Sept: Fenomena letusan gunung berapi lumpur yang berlaku di Taman Hidupan Liar Tabin pada Ahad bukan kejadian seumpamanya yang pertama berlaku di kawasan tersebut.

Pegawai Daerah Lahad Datu, Firuz Idzualdeen Mohd Dzul, berkata fenomena itu tidak berbahaya, dan penduduk di daerah tersebut diminta bertenang dan tidak perlu panik.

Menurutnya, pakar geologi Sabah telah menjelaskan bahawa kejadian itu adalah fenomena biasa yang berlaku setelah lumpur meningkat di dalam perut bumi dan perlu dilepaskan keluar.

“Kita minta semua penduduk jangan cemas dengan kejadian itu kerana difahamkan ia tidak mendatangkan bahaya sama sekali,” katanya ketika dihubungi di sini.

Sementara itu, jurucakap Taman Hidupan Liar Tabin, Lawrence Chin, berkata, fenomena letusan gunung berapi lumpur itu pernah terjadi pada tahun 2014 di kawasan yang sama.

“Fenomena di Gunung Berapi Lumpur Lipad yang berkeluasan hampir sebesar padang bola dan berlaku kira-kira 10 minit termasuk kejadian letusan yang kuat dan hanya mengeluarkan buih-buih sahaja.

“Lumpur yang dikeluarkan juga tidak berasa panas sama sekali,” katanya.

Menurut Chin, letusan lumpur itu disaksikan sekumpulan pelancong sebelum ia tular di media sosial.

“Sewaktu kejadian, kumpulan itu dalam perjalanan untuk memerhati burung dan menikmati panorama sekitar kawasan tersebut,” katanya lagi. – TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan

ByBernama-
ByNurul Amarlina-