Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili (tiga,kiri) bergambar bersama pelajar-pelajar UNIMAS ketika menghadiri Program kesedaran perjanjian Malaysia 1963 bersama pelajar Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS di Kota Samarahan. Foto TVS

Kementerian Pendidikan nyata kesediaan tangani isu kekurangan silibus MA63 dalam KBSM

KUCHING, 19 Sept: Kementerian Pendidikan bersedia untuk menangani isu mengenai kurangnya pendedahan mengenai sejarah penubuhan Malaysia dalam silibus mata pelajaran sejarah Kokurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
 
Penyelesaian terhadap isu itu akan mebolehkan asas pembentukan Malaysia dan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) lebih difahami sekaligus mengelakkan ketidakfahaman generasi muda mengenai perkara terbabit
 
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) Datuk Seri Dr Maximus Ongkili berkata, kajian mengenai perkara itu sedang dilakukan oleh komuniti Undang-Undang Sabah tentang perkara-perkara dalam MA63 itu yang boleh dimasukan dalam silibus tersebut.
 
“Tadi semasa kita tanya berapa ramai yang tahu mengenai MA63, majoritinya tidak tahu sebab didalam kelas di sekolah menengah memang perihal Penubuhan Malaysia tidak banyak dibincangkan.
 
” Apa yang lebih banyak dibincangkan adalah mengenai cerita Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi dan Penubuhan Malaya 1957 tapi yang menyentuh tetapi perihal Penubuhan Malaysia 1963 sedikit sahaja,” Katanya.
 
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Program Kesedaran Perjanjian Malaysia 1963 bersama pelajar Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS di Kota Samarahan.
 
Beliau berkata,Perbincangan sama juga dilakukan dengan Komuniti pendidikan di Sarawak bagi meneliti intipati yang menjadi asas kepada MA-63 dalam silibus berkenaan mengikut perspektif tiga wilayah yang membentuk Malaysia.
 
“kita  sedang dalam proses untuk berbincang dengan sarawak untuk mencadangkan silibus yang bersesuaian untuk mengambarkan sejarah sebenar Pembentukan Malaysia,” katanya
 
Menurut Datuk Seri Dr Maximus, perkara mengenai itu sudah dibangkitkan dalam mesyuarat kabinet dan ia sudah dipersetujui diperingkat berkenaan.
 
Proses perbincangan bersama kementerian Pendidikan juga sedang dilaksanakan bagi memasukkan lebih banyak lagi silibus berkaitan sejarah proses Pembentukkan Malaysia dalam K-B-S-M dengan kementerian itu telah menyatakan kesediaan menangani isu berkenaan. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan