Search
Close this search box.
Search
Close this search box.
Suatu kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim. Foto: Facebook Shahidan Kassim

Buat kajian bila masa terbaik adakan pilihan raya – Shahidan

LABUAN, 19 Sept:  Suatu kajian perlu dilakukan bagi mengenal pasti masa yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ketua Umno Bahagian Arau Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beliau berkata kejadian banjir yang dijangka berlaku hujung tahun ini mungkin memberi impak kepada kehadiran pengundi jika PRU dijalankan.

“Terdapat keperluan untuk satu kajian mendalam sama ada patut diadakan pilihan raya tahun ini atau tahun depan.

“Jika Parlimen dibubarkan dan banjir melanda beberapa negeri, pastinya kita memerlukan caretaker atau kerajaan sementara untuk menangani isu berkaitan banjir, justeru terdapat kebaikan dan keburukan dalam mengadakan pilihan raya tahun ini dan tahun depan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan watikah pelantikan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Labuan (LC) yang baharu di Menara Perbadanan Labuan di sini hari ini.

Selain itu, Shahidan berkata enam daripada tujuh kerusi di Wilayah Persekutuan yang dimenangi UMNO masih boleh dipertahankan parti itu pada pilihan raya tersebut.

Beliau menegaskan anggota UMNO pada semua peringkat mestilah memberi maklum balas terhadap elemen negatif dalam pelbagai platform media sosial yang boleh menjejaskan kekuatan parti itu.

“… satu pasukan khas, yang diberi tugas untuk menjawab dan memberi maklum balas kepada fitnah yang dilemparkan terhadap UMNO, telah menjalankan peranan mereka,” katanya. -TVS

TVS provides up-to-date news, captivating dramas, and diverse program which are disseminated via channel 122 MYTV, UnifiTV and ASTRO. Stream live via MYTV Mana-Mana, UnifiTV and ASTRO GO apps now.

Follow us on social media:
Facebook: @tvsarawak , @tvs122

Instagram: @tvsarawak, @TVS_Entertainment

Telegram: @tvsarawak

TikTok: @tvsarawak, @tvs_entertainment

X: @tvsarawak

YouTube: @tvsarawak, @TVSEntertainment

Berita Berkaitan