KUCHING, 18 Sept : Pemenang pingat emas pertama Sarawak pada Sukma Malaysia (SUKMA) ke-20 , Jonah Chang Rigan menambah kutipan pingat kepada kontinjen Bumi Kenyalang pagi tadi.
Jonah Chang meraih perak acara lempar cakera lelaki selepas mengumpul 43.82 mata di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Emas menjadi milik Kamal Farhan Rahman dari Perlis yang mengumpul 48.08 mata manakala atlet Johor, Tan Jing Cheng membawa pulang pingat gangsa.
Pada Khamis lepas, Jonah Chang raih emas acara lontar peluru dengan melakukan catatan 16.65 meter. -TVS